Saturday, September 19, 2009

Mata (mata yang tidak akan menangis di akhirat)

Assalammualaikum... baru sahaja pagi tadi aku mengirim satu artikel. Tetapi hati ku kembali terpanggil untuk menulis mengenai Mata. Benda yang ku rasa elok aku berkongsi bersama pada sesiapa yang melawat blog aku ini.

Mata. Telah banyak kali kita mendengar mengenai mata. Mata yang dijadikan untuk melihat. Sehingga mata itu boelh dibuat sebagai tajuk lagu seperti 'dari kerana mata', 'ada mata pandang, ada mata jeling' dan banyak lagi. Tetapi yang ingin ku kongsi adalah mengenai mata yang tidak akan menangis diakhirat nanti. Ianya mempunyai tiga.

1. Mata yang menangis kerana Allah.

--> Inilah mata yang tidak menangis diakhirat nanti. Seseorang yang menangis kerana takut pada Allah didunia tetapi Allah membalas dengan dia tidak akan menangis diakhirat. Dia tidak akan menangis diakhirat kerana sewaktu dia hidup dia amat takut dengan Allah. Pada malamnya ketika orang lain sibuk lena dengan tidur tetapi dia bangun untuk sibuk sujud pada Allah. Sibuk memohon ampun pada Allah sehingga menitiskan air mata. Dan dialah orang yang tidak akan menangis diakhirat nanti.

2. Mata yang tidak memandang pada maksiat.

--> Seseorang yang hidupnmya menggunakan mata pemberian tuhannya bukan untuk melihat perkara-perkara maksiat. Dan dialah yang tidak akan menangis diakhirat kelak. Mata yang digunakan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan dan menolak untuk melihat perkara-perkara maksiat.

3. Mata yang berjuang dijalan Allah.

--> Mungkin kita berfikir adakah kita kena berjuang seperti berperang. Jawapannya tidaklah sampai begitu sekali. Cukuplah dia menggunakan matanya dengan berjuang untuk belajar dan menggunakan mata pena untuk berdakwah dijalan Allah.

Itulah sedikit mengenai mata yang ingin sy kongsi. Wassalam

1 comment: