Tuesday, October 27, 2009

Aku kembali bersama tajuk 'Hikmat Ibadah'

Assalammualaikum... alhamdulillah akhirnya aku kembali ke ruang ini setelah lebih sebulan aku meninggalkannya... kembalinya aku diruang ini hanya ingin berkongsi tentang 'Hikmat Ibadah'... ramai yang beribadah tapi mungkin ada yang segelintir yang tidak tau hikmat disebaliknya... jadi ingin ku kongsi apa yang telah ku perolehi... harap dengan perkongsian ini dapat dibaca bersama...

Ibadah mempunyai rahsia dan hikmatnya. Sebahagian hikmat itu dapat difahami oleh manusia dan sebahagian yang lain tidak diketahui oleh sesiapa pub kecuali Allah. Yang pasti, ia tidak membebankan manusia sebaliknya ia menguntungkan manusia di segenap penjuru kehidupan.

Dalam surah al-Maidah ayat 6 Allah menyatakan "Allah tidak berkendak untuk menyulitkan kamu, sebaliknya dia berkehendak untuk membersihkan kamu serta menyerpurnakan nikmatnya ke atasmu semoga kamu bersyukur". Kenyataan ini disokong oleh kata-kata nabi yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan (agama) dan kamu tidak diutus untuk menyusahkan." Hadis ini dilapor oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad.

Antara manfaat yang dapat kita peroleh daripada ibadah adalah ia menjadikan kita peka dengan masa. Sebagai contohnya, solat fardu yang diwajidkan ke atas setiap individu dikenali sebagai solat waktu kerana ia terikat dengan waktu-waktu tertentu. Justeru, solat fardu mendidik umat Islam supaya peka dengan waktu sekali gus mendidik umat menjadi pengurus masa yang baik.

Disamping mengajar kita peka dengan waktu, ibadah juga mendidik umat supaya menjadi peka dengan ilmu . Contoh, semasa melaksanakan solat jemaah, mereka yang berilmu diutamakan menjadi imam. Berhubung dengan ini nabi berkata, "Hendaklah yang mengimami sesuatu kaum itu mereka yang lebih tahu mengenai Quran. Sekiranya kemampuan mereka sama di sudut ini, pilihlah daripada kalangan yang lebih memahami sunah." Hadis ini direkod oleh Muslim dan Ahmad.

Tambahan daripada itu, ibadah membersihkan jiwa, sebagai contoh, mengikis sifat-sifat tamak daripada hati manusia. Hal ini dapat dikaitkan dengan ibadah zakat. Ibadah juga sudah pastinya, meningkatkan kesihatan seseorang. Sebagai contoh, Dr. Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida, pernah membuat satu kajian berhubung kesan mendengar Quran ke atas fisiologi manusia. Antara aspek fisiologi yang diambil kira dalam kajian ini adalah kadar denyutan jantung, tekanan darah serta tekanan ke atas saraf dan otot. Beliau mendapati, mereka yang mendengar Quran, termasuk daripada kalangan yang bukan Islam dan bukan Arab, mengalami perubahan fisiologi yang positif di dalam diri mereka.

Seperkara yang perlu ditekankan adalah kita melaksanakan ibadah kepada Allah disebabkan ia merupakan kewajipan yang Allah fardukan ke atas kita, berdasarkan dalil daripada Quran dan sunah. Kita tidak melakukannya kerana penemuan dan pandangan sains. Walau bagaimanapun kita menyakini setiap apa yang Allah wajibkan pasti ada kebaikan dan manfaatnya berdasarkan penjelasan Allah dalam sura Al A'raf ayat 157 yang bermaksud, "Dan Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk."

Tambahan daripada itu, Islam dan ajaran-ajarannya diturunkan Allah bagi menjaga kebaikan manusia. Allah tidak turunkan ia bagi mendatangkan masalah kepada manusia. Berhubung dengan ini Imam al-Izz Abdul Salam berkata, "Sesungguhnya syariat Islam keseluruhannya adalah untuk kemaslahatan, sama ada dalam bentuk mencegah kerosakan ataupun mendatangkan kebaikan."

Justeru, penemuan sains yang dipaparkan berhubung dengan sesuatu ibadah hanya bertujuan bagi membantu kita memahami sebahagian kecil daripada hikmat yang terkandung di sebalik ibadah-ibadah itu. Semoga dengan pengetahuan itu ia menguatkan lagi komitmen kita pada Islam dan ajarannya. Wassalam...

Tuesday, September 22, 2009

Lima syarat untuk membuat maksiat…

1. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, janganlah dia memakan rezekiNya didunia ini.
-Wahai manusia, bolehkah kita mencari rezeki lain selain rezeki Allah. Tentu tidak kan. Tidak malukah kita, jika kita ingin membuat maksiat tetapi kita masih memakan rezekiNya.

2. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, janganlah kita tinggal dibumiNya.
-Layak ke kita nak tinggal dibumiNya. Tentu kita terfikir bukan, dimana kita hendak tinggal. Mampukah kita mencari tempat lain sebagai tempat tinggal. Kalau ada bukankah ia masih hak Allah ?

3. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, hendaklah dia mencari tempat yang tersembunyi yang tidak mampu dilihat oleh Allah.
-Wahai manusia, kita tentu terfikir mampukah kita untuk menyorok dari penglihatanNya sedangkan Ia maha Melihat. Cuba kita bayangkan, jika semut yang hitam itu berada ditempat yang gelap lagi hitam masih mudah dilihat oleh Allah, bagaimana pula kita ? Mungkin kita berjaya menyorok dari manusia tapi kita tdak pernah berjaya lari dari penglihatan Allah.

4. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, hendaklah dia berkata ketika datang malaikat maut padanya untuk mencabut roh ‘ketepikan lah dulu kematianku kerana aku ingin bertaubat dan membuat amal soleh’.
-Wahai manusia mana mungkin malaikat itu mahu mengikuti kemahuan kita. Jadi kalau malaikat tidak mahu mengikuti kemahuan kita, bolehkah kita lari dari kemurkaan Allah.

5. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, hendaklah ia tidak mengikut malaikat Zabaniyah ketika malaikat itu datang mahu mengheret kita ke api neraka.
-Subahanallah, mampu kah kita menolaknya.

Jadi larikanlah diri kita dari membuat maksiat.

Monday, September 21, 2009

hari raya...


ini aku... hehehe


Assalammualaikum... aku kembali lagi... tapi kali ni x masuk kan artikel pon, just nak kongsi cite pasal raya je... raya tahun ni aku n family x raya sakan sngat... tahun ni tema kami 'simple-simple happy bersama keluarga'... hahahaha.... ermmm raya tahun ni ada kelainan sikit.. sbb aku sorang je pergi sembahyang raya kat masjid depan umah, family aku yang lain pergi solat kat masjid mahal.. hahaha... sbb apa... sbb aku nak kena pergi takbir...hehehe... pasal balik kampung, kami balik lambat sikit.. sbb raya kat kl dulu.. baru raya kampung... cadang aku n abg aku nak raya hari je... tiba-tiba di penjara oleh mak tam kami supaya tido disana... ermmm nak tulis ape lagi ek... psal collection duit raya.. tahun ni la aku rasa terlalu banyak aku dapat... nak bg tau ke.. yang ada kat tngan aku ada la dlm RM 120... tapi kat tangan mak aku pehhhhhhh buat aku nak g shopping je... sbb ada org bg zakat kat aku... heeheh.. rezeki Allah la katakan... ohh lupa ... tahun ni tema baju raya same cam thun lepas... merun... x tau la btul ke idok.. sbb aku buta warna... hahahhahaha.. ok la cukup la disini aja... tp sblum tu aku sedia kan gambar di pagi raya... tgk2 la ek.. terutama mamat hensem pakai kopiah yang diberi gelaran pak arab baru balik mesir oleh abg n mak aku.... hehehe... selamat menengok...wassalam...




si adik....




bersama cousin aku... x abis2 nak bergambar...



inilah watak yang digelar pak arab baru balik mesir




ni kakak aku... pagi2 dah kene lepak dapur.. padan muka... hahaha



bersama mak tercinta... i love u...


ni la abg aku... dia tinggi n hensem sikit dari aku...

penat menuggu dorang ni siap ...... ish...



xada keje...



bapak aku...



abg aku...

Saturday, September 19, 2009

Mata (mata yang tidak akan menangis di akhirat)

Assalammualaikum... baru sahaja pagi tadi aku mengirim satu artikel. Tetapi hati ku kembali terpanggil untuk menulis mengenai Mata. Benda yang ku rasa elok aku berkongsi bersama pada sesiapa yang melawat blog aku ini.

Mata. Telah banyak kali kita mendengar mengenai mata. Mata yang dijadikan untuk melihat. Sehingga mata itu boelh dibuat sebagai tajuk lagu seperti 'dari kerana mata', 'ada mata pandang, ada mata jeling' dan banyak lagi. Tetapi yang ingin ku kongsi adalah mengenai mata yang tidak akan menangis diakhirat nanti. Ianya mempunyai tiga.

1. Mata yang menangis kerana Allah.

--> Inilah mata yang tidak menangis diakhirat nanti. Seseorang yang menangis kerana takut pada Allah didunia tetapi Allah membalas dengan dia tidak akan menangis diakhirat. Dia tidak akan menangis diakhirat kerana sewaktu dia hidup dia amat takut dengan Allah. Pada malamnya ketika orang lain sibuk lena dengan tidur tetapi dia bangun untuk sibuk sujud pada Allah. Sibuk memohon ampun pada Allah sehingga menitiskan air mata. Dan dialah orang yang tidak akan menangis diakhirat nanti.

2. Mata yang tidak memandang pada maksiat.

--> Seseorang yang hidupnmya menggunakan mata pemberian tuhannya bukan untuk melihat perkara-perkara maksiat. Dan dialah yang tidak akan menangis diakhirat kelak. Mata yang digunakan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan dan menolak untuk melihat perkara-perkara maksiat.

3. Mata yang berjuang dijalan Allah.

--> Mungkin kita berfikir adakah kita kena berjuang seperti berperang. Jawapannya tidaklah sampai begitu sekali. Cukuplah dia menggunakan matanya dengan berjuang untuk belajar dan menggunakan mata pena untuk berdakwah dijalan Allah.

Itulah sedikit mengenai mata yang ingin sy kongsi. Wassalam

Friday, September 18, 2009

Siapakah Allah dan Manusia?. Siapakah yang kedekut Allah atau Manusia?

Persoalan yang ingin aku kongsi bersama sekian makhluk Allah yang bergelar manusia. Persoalan ini bukanlah baru bermula, tetapi hati aku terdetik ingin berkongsi dan ingin manusia berfikir siapakah yang kedekut, Allah atau kita?.
Siapakah Allah itu?.
Allah. Nama bagi tuhan sekalian alam. Dialah tuhan yang menjadikan apa yang hidup disetiap alam. Tiada tuhan selainNya. Tiada tandingan untukNya. Tiada yang layak disembah melainNya. Dia yang menjadikan setiap makhluk tanpa ada kecacatan sedikit pon.
Siapakah manusia itu?
Manusia?. Makhluk yang dijadikan Allah dari tanah. Yang bermula dengan Adam. Di jadikan pula Hawa dari tulang rusuk Adam, sebagai teman untuk Adam. Makhluk yang dihalau ke bumi selepas melanggar suruhan Ilahi. Yang menjadi khalifah dimuka bumi.
Siapakah yang kedekut Allah atau Manusia?

Persoalan yang akan membuat kita kembali berfikir dan akan membuat kita sedar selepas kita puas berfikir. Kedekut ke Allah itu?. Allah itu tidaklah kedekut dan Dia tidak pernah akan kedekut. Sesuai dengan sifatNya yang bernama Ar Rahman yang membawa maksud maha Pemurah. Pelbagai benda yang menunjuk bahawa Dia tidak pernah kedekut dengan semua makhlukNya. Sebaliknya Dia maha Pemurah. Kedekutkah Allah itu dengan makhlukNya yang bernama Manusia?. Dia tidak pernah kedekut dengan manusia. MakhlukNya yang Dia cipta dari tanah dan makhluk yang Dia beri gelaran Khalifah dimuka bumi. Allah tidak pernah kedekut kepada manusia, kerana Dia lah yang memberi rezeki dan setiap nikmat yang tidak terhingga seperti makan dan minum, mata, telinga, tangan, kaki, nafas dan banyak lagi pada makhlukNya yang bernama Manusia. Bertapa banyak nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia. Jadi kedekutkah Allah itu?. Tidak dan tidak akan pernah kedekut.
Memang senang untuk kita melihat bahawa manusia lebih kedekut berbanding dengan Allah. Terlalu senang untuk kita lihat hingga tidak perlu untuk memikir. Pernahkah manusia itu bersyukur kepada Allah atas apa yang Allah beri pada mereka, seperti rezeki makan dan minum dan nikmat-nikmat yang lain. Kalau ada pasti jumlahnya kurang. Kedekut nya manusia itu dengan Allah sehingga manusia itu sukar untuk mengucapkan satu kalimah yang tidak perlu dibayar dengan wang ringgit pada Allah. Sebaliknya ianya adalah sekadar ucapan Alhamdulillah. Inilah satu ucapan yang sukar untuk kita mendengar bila kita mendapat kesenangan dari Allah. Sedangkan yang memberi kesenangan itu adalah Allah. Bukan itu sahaja, kedekutnya manusia itu dengan Allah juga sehingga kurangnya manusia yang ingin berdoa kepadaNya. Sedangkan Allah pernah memberitahu kita supaya selalu berdoa kerana dia pasti akan memakbulkannya. Inilah dua benda yang manusia amat kedekut untuk melakukan, sedangkan Allah tidak pernah meminta duit untuk kita melakukannya. Jadi siapakah yang kedekut?. Allah atau Manusia?. Wahai manusia bayangkanlah, jika betul Allah itu nak kedekut dengan kita, pasti Dia mudah untuk melakukannya. Cuba kita bayangkan, kalau betul Allah itu mahu kedekut dengan kita dengan ‘mencaj’ setiap ‘nafas’ kepada kita dengan harga RM0.50 dalam setiap kali kita bernafas. Mampukah kita membayarnya jika dalam satu minit sahaja kita sudah menyedup 50 kali nafas. Cuba kita kira berapa banyak kita kena bayar bila RM0.50 didarab dengan 50= RM 25. Mampu ke kita kalau RM 25 itu didarab dengan 24 jam. Jadi siapakah kedekut. Allah atau Manusia. Bersama-samalah kita fikirkan. Semoga Allah mengampuni kita.

Sunday, September 13, 2009

Dah nak raya......

Assalammualaikum... sedar x sedar ramadan dah nak abis... tapi bukan makna nak abis... sebab apa yang kita dah buat dibulan ramadan ni hendak lah kita praktikkan dibulan2 yang lain sehinggalah sampai pada ramadan tahun depan...
Tentang persediaan nak raya... aku just simple je... beli baju n seluar sepasang je... sebab ,.... entah lah... macam sayang nak tinggalkan ramadan kot...
Buat masa ni aku x membawa masuk artikel-artikel aku kedalam ni... sebab belum sedia nak menulis dalam ni.. Stakat tu jela skang ni... Apa2 pon Selamat Hari Raya Aidilfitri ... Maaf Zahir & Batinnnnnnnnnnnnnnnn

Monday, September 7, 2009

adik punya pasal

salam... pagi-pagi buta ni dah terjadi suatu kisah yang memang buat aku terkenang kisah 10 tahun lepas... tapi kisaha pagi ni semua angkara adik ... adikkkkk... kau sengaja nak batal kn puasa cik amu.. boleh lak aku termakan sekali ngn dia .... potato chips lak tu... bukan main sedap lagi... selamat la kakak aku sempat ingat kan.. Ya Allah, aku btul2 x sedar... tak pe.. xbatal pon pose.. sebab kita dalam keadaan x sedar... dan tu mungkin rezeki aku... tu je la buat permulaannya.. wassalam... p/s (siap kau adik)