Friday, September 18, 2009

Siapakah Allah dan Manusia?. Siapakah yang kedekut Allah atau Manusia?

Persoalan yang ingin aku kongsi bersama sekian makhluk Allah yang bergelar manusia. Persoalan ini bukanlah baru bermula, tetapi hati aku terdetik ingin berkongsi dan ingin manusia berfikir siapakah yang kedekut, Allah atau kita?.
Siapakah Allah itu?.
Allah. Nama bagi tuhan sekalian alam. Dialah tuhan yang menjadikan apa yang hidup disetiap alam. Tiada tuhan selainNya. Tiada tandingan untukNya. Tiada yang layak disembah melainNya. Dia yang menjadikan setiap makhluk tanpa ada kecacatan sedikit pon.
Siapakah manusia itu?
Manusia?. Makhluk yang dijadikan Allah dari tanah. Yang bermula dengan Adam. Di jadikan pula Hawa dari tulang rusuk Adam, sebagai teman untuk Adam. Makhluk yang dihalau ke bumi selepas melanggar suruhan Ilahi. Yang menjadi khalifah dimuka bumi.
Siapakah yang kedekut Allah atau Manusia?

Persoalan yang akan membuat kita kembali berfikir dan akan membuat kita sedar selepas kita puas berfikir. Kedekut ke Allah itu?. Allah itu tidaklah kedekut dan Dia tidak pernah akan kedekut. Sesuai dengan sifatNya yang bernama Ar Rahman yang membawa maksud maha Pemurah. Pelbagai benda yang menunjuk bahawa Dia tidak pernah kedekut dengan semua makhlukNya. Sebaliknya Dia maha Pemurah. Kedekutkah Allah itu dengan makhlukNya yang bernama Manusia?. Dia tidak pernah kedekut dengan manusia. MakhlukNya yang Dia cipta dari tanah dan makhluk yang Dia beri gelaran Khalifah dimuka bumi. Allah tidak pernah kedekut kepada manusia, kerana Dia lah yang memberi rezeki dan setiap nikmat yang tidak terhingga seperti makan dan minum, mata, telinga, tangan, kaki, nafas dan banyak lagi pada makhlukNya yang bernama Manusia. Bertapa banyak nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia. Jadi kedekutkah Allah itu?. Tidak dan tidak akan pernah kedekut.
Memang senang untuk kita melihat bahawa manusia lebih kedekut berbanding dengan Allah. Terlalu senang untuk kita lihat hingga tidak perlu untuk memikir. Pernahkah manusia itu bersyukur kepada Allah atas apa yang Allah beri pada mereka, seperti rezeki makan dan minum dan nikmat-nikmat yang lain. Kalau ada pasti jumlahnya kurang. Kedekut nya manusia itu dengan Allah sehingga manusia itu sukar untuk mengucapkan satu kalimah yang tidak perlu dibayar dengan wang ringgit pada Allah. Sebaliknya ianya adalah sekadar ucapan Alhamdulillah. Inilah satu ucapan yang sukar untuk kita mendengar bila kita mendapat kesenangan dari Allah. Sedangkan yang memberi kesenangan itu adalah Allah. Bukan itu sahaja, kedekutnya manusia itu dengan Allah juga sehingga kurangnya manusia yang ingin berdoa kepadaNya. Sedangkan Allah pernah memberitahu kita supaya selalu berdoa kerana dia pasti akan memakbulkannya. Inilah dua benda yang manusia amat kedekut untuk melakukan, sedangkan Allah tidak pernah meminta duit untuk kita melakukannya. Jadi siapakah yang kedekut?. Allah atau Manusia?. Wahai manusia bayangkanlah, jika betul Allah itu nak kedekut dengan kita, pasti Dia mudah untuk melakukannya. Cuba kita bayangkan, kalau betul Allah itu mahu kedekut dengan kita dengan ‘mencaj’ setiap ‘nafas’ kepada kita dengan harga RM0.50 dalam setiap kali kita bernafas. Mampukah kita membayarnya jika dalam satu minit sahaja kita sudah menyedup 50 kali nafas. Cuba kita kira berapa banyak kita kena bayar bila RM0.50 didarab dengan 50= RM 25. Mampu ke kita kalau RM 25 itu didarab dengan 24 jam. Jadi siapakah kedekut. Allah atau Manusia. Bersama-samalah kita fikirkan. Semoga Allah mengampuni kita.

No comments:

Post a Comment