Tuesday, September 22, 2009

Lima syarat untuk membuat maksiat…

1. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, janganlah dia memakan rezekiNya didunia ini.
-Wahai manusia, bolehkah kita mencari rezeki lain selain rezeki Allah. Tentu tidak kan. Tidak malukah kita, jika kita ingin membuat maksiat tetapi kita masih memakan rezekiNya.

2. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, janganlah kita tinggal dibumiNya.
-Layak ke kita nak tinggal dibumiNya. Tentu kita terfikir bukan, dimana kita hendak tinggal. Mampukah kita mencari tempat lain sebagai tempat tinggal. Kalau ada bukankah ia masih hak Allah ?

3. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, hendaklah dia mencari tempat yang tersembunyi yang tidak mampu dilihat oleh Allah.
-Wahai manusia, kita tentu terfikir mampukah kita untuk menyorok dari penglihatanNya sedangkan Ia maha Melihat. Cuba kita bayangkan, jika semut yang hitam itu berada ditempat yang gelap lagi hitam masih mudah dilihat oleh Allah, bagaimana pula kita ? Mungkin kita berjaya menyorok dari manusia tapi kita tdak pernah berjaya lari dari penglihatan Allah.

4. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, hendaklah dia berkata ketika datang malaikat maut padanya untuk mencabut roh ‘ketepikan lah dulu kematianku kerana aku ingin bertaubat dan membuat amal soleh’.
-Wahai manusia mana mungkin malaikat itu mahu mengikuti kemahuan kita. Jadi kalau malaikat tidak mahu mengikuti kemahuan kita, bolehkah kita lari dari kemurkaan Allah.

5. Jika seseorang itu mahu membuat maksiat pada Allah, hendaklah ia tidak mengikut malaikat Zabaniyah ketika malaikat itu datang mahu mengheret kita ke api neraka.
-Subahanallah, mampu kah kita menolaknya.

Jadi larikanlah diri kita dari membuat maksiat.

No comments:

Post a Comment